Tuesday 6 March 2012

Askar Israel Membedil Ladang Ayam dan Kambing Biri-Biri di Beit Hanoun

Sabtu, askar Israel menyerang dengan menggunakan meriam menembak ladang ayam dan kambing biri-biri di Beit Hanoun, di bahagian utara Semenanjung Gaza, puluhan ternakan mati dalam serangan, kemusnahan teruk dilaporkan.


The Maan New Agency melaporkan serangan ini menuju kepada ladang penduduk di Ramadan Abu Ghazala, terletak di timur Beit Hanoun. Serangan tidak membawa kepada kematian penduduk.


Serangan ini ialah serangan terbaru berikutan tindak balas penentangan di Semenanjung Gaza.


Sabtu, tentera udara Israel mengebom pusat latihan milik Al-Qassam Brigades, pergerakan sayap bersenjata Hamas di barat Rafah, selatan Semenanjung Gaza.


Empat orang maut, termasuk ayah dan seorang anak, dan lebih dua puluh penduduk tercedera, sejak Khamis, setelah tentera Israel membawa serangan udara untuk menyerang Gaza.


Penduduk Palestine membalas dendam dengan menembak lebih dari 16 senjata 'homemade shells' dan 'mortar' ke penempatan Israel bersebelahan Semenanjung Gaza.

 

Semoga pejuangan pnduduk Palestine dirahmati Allah swt dan Islam peroleh kemenangan, brsama kita doakan..



sumber:http://imemc.org/article/62648
http://www.ibnushukran.com/2011/12/askar-israel-membedil-ladang-ayam-dan.html

No comments:

Post a Comment