Tuesday 6 March 2012

Kisah Ziarah Habib Ali Batu Pahat

Ramadhan 2009,aku buat khidmat memasak untuk berbuka & sahur jemaah Madrasah Pulau Besar.Pertama kali mendengar kisah Habib Ali lepas tarawikh,perbualan antara jemaah.Aku tertarik sangat & berkata pada rakan yang aku nak ziarah beliau & dapatkan maklumat asas ke Batu Pahat.

Esoknya aku bersendiri ambil bot 8.30am Pulau Besar ke Anjung Batu & ambil bus ke Muar.Di Stesen bus aku ambil bus ke Batu Pahat.Sampai pukul 1.30pm,lepas solat di Stesen bus Batu Pahat,aku ke perhentian teksi berdekatan.”Saya mahu pergi rumah Habib Ali”,kata ku!”OK,sapuluh linggit”,kata apek dalam lingungan 50an.”Apa had lu mau pigi lumpa itu olang?”Saya dengar dia banyak baik punya orang & dia sekarang kurang sihat,jadi itu pasal saya mau jumpa sama dia”balas ku.”Simalam ala 5 keleta Singapore mali,satu olang pun talak lapat jumpa sama lia,lu bus mali,lagi lia punya lumah pun lu tak tau,lagi lu ingat cenang mau lumpa ka?”jerit apek sambil menjeling pada ku

.”Tatak lapat lumpa pun tak apa,kalau tuan Alla mau kasi lumpa,mesti lapat lumpa punya,itu tatak had”kata ku lembut pada Apek.”Butut lu cakap,saya tau manyak olang busat mau lumpa sama lia pun talak lapat,tapi lia manyak baik punya olang,sini semua olang ala tau sama lia”balas Apek lembut pada ku.Sesampai dirumah usang Habib,cucunya Ibrahim keluar dari pintu belakang dan berkata pada ku supaya datang kembali selepas Asar.”Apek aa,sini mana ala masjid,lu kasi hantar sama saya”Apek menghantar ku ke Masjid Kg.Istana,tak jauh dari rumah Habib.Lepas Asar aku berjalan ke rumah Habib,Ibrahim menjemput aku masuk ke ruang depan rumah berlantaikan semen dan bertikar.

Beliau menerangkan yang datuknya tidak sihat dan tak tentu boleh berjumpa setiap pengunjung.Ada pengunjung dari jauh dan tunggu sehari suntuk pun tidak dapat ketemuan.Saya berkata tujuan saya hanya untuk ziarah dan semua atas kehendak Allah.Semasa kami berbual,terdengar bunyi seolah seseorang cuba bangun dari katil,Ibrahim meminta diri masuk ke ruang dalam yang dipisahkan oleh plywood,tiba2 aku melihat Tuan Habib di pimpin oleh Ibrahim.aku bergegas bangun dan bersalam dengan Tuan Habib,dia menisyaratkan supaya aku salam dengan lembut,kerana mungkin beliau tak sihat.

Tangamnya ku salam,sunguh nyaman rasa ku,beliau mempersilakan aku duduk.

Dengan meletakan kedua tangan dimatanya seolah2 meneropong muka ku,beliau berkata sebanyak 3 kali ”Pintu taubat masih terbuka”pada ku.

Tanpa kusedari air mata ku bergenang.Pesannya lagi Islam berkembang di seluruh dunia,bantu semampu kita.

Sembahyang itu segalanya.Lepas 5 minit beliau meminta diri kembali ke kamar ku.Al fatihah untuk Tuan Habib Ali!


p/s: Bagi sesiapa yang tidak mengenali HABIB ALI AL ATTAS BATU PAHAT ni, beliau merupakan ahlul baits Rasulullah s.a.w dan dikatakan salah seorang wali Allah....

credit to : http://pondokhabib.wordpress.com/2011/02/20/kisah-ziarah-habib-ali-batupahat/

No comments:

Post a Comment