Tuesday 6 March 2012

Liyana Jasmay bakal tunang dengan Fathuddin Mazlan

Liyana Jasmay bakal tunang dengan Fathuddin Mazlan

 

Liyana Jasmay bakal bertunang,beliau membuat pengakuan menerusi akhbar Berita Harian dengan mengatakan bahawa dia sudah pun menerima cincin merisik daripada bakal tunangnya itu
Mengenai bakal tunangannya merupakan seorang ahli perniagaan bernama Fathuddin Mazlan yang berusia 28 tahun juga jirannya sendiri

Gambar liyana Jasmay tunang Liyana Jasmay bakal tunang dengan Fathuddin Mazlan
“Dia menghantar rombongan merisik pada minggu lalu dan jika tiada aral melintang, kami akan bertunangan pada bulan depan.
“Tarikhnya terpaksa dirahsiakan. InsyaAllah tahun depan kami akan berkahwin,” katanya.
Sebelum ini, Liyana yang popular dengan lagu Aku Tak Percaya Cinta itu pernah digosipkan bercinta dengan pengarah muda, Shamsul Yusof dan penyanyi, Aizat.
“Selama ini pun saya tidak pernah mengatakan yang saya bercinta dengan orang itu atau ini. Semuanya berlaku dengan cukup pantas, itulah yang dinamakan kuasa jodoh.
“Saya sendiri tidak tahu bila masanya rasa cinta itu datang? Cuma apa yang saya sedar, perasaan itu tiba-tiba hadir dalam diri. Kita hanya boleh tahu perasaan itu apabila kita sendiri mengalaminya,” tuturnya.
CzdST Liyana Jasmay bakal tunang dengan Fathuddin Mazlan
Gambar bakal tunang Liyana Jasmay(Tengah)-sumber dari www.myartis.com
Tambah Liyana, dia sendiri tidak menyangka bahawa lelaki yang dicari-cari selama ini rupa-rupanya tinggal berdekatan dengannya.
Dia juga bersyukur kerana walaupun lelaki pilihannya itu buka daripada kalangan orang seni, dia faham dengan alunan cara kerja Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM) ini.

No comments:

Post a Comment