Wednesday 7 March 2012

gambar aishah mahsuri

                  Aishah dan ibunya terima frame gambar Mahsuri dari lembaga Pelancongan Kedah


                                                              Aishah masa umur 14 tahun

                                                              

LAGENDA MAHSURI


Mahsuri dengan keanehan Darah Putih yang mengalir di dalam tubuhnya, pasti menimbulkan seribu satu persoalan bagaimanakah ia terjadi dan siapakah sebenar gerangannya si Mahsuri ini. Inilah keanehan Pulau Langkawi yang sering dikaitkan dengan lagenda puteri Pulau Langkawi si Mahsuri yang berdarah putih berkenaan!


Lakaran Potret Mahsuri
Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.

Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak. Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.

Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Maya dan Mak Andam (ada menyatakan nama ibunya adalah Mak Endah Alang) datang dari Siam. Pandak Maya boleh dikatakan sebagai orang yang berada di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang Burung Layang-layang Padi.

Kelahiran Mahsuri turut dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya bahawa selepas ibunya (yang tidak pernah mempunyai anak) memakan kerak nasi yang dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan bernama Mahsuri. Kehidupan Mahsuri dikhabarkan adalah seperti anak gadis Melayu yang lain yang diasuh dengan tatasusila dan kesantunan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, dikatakan kejelitaan Mahsuri membawa kepada buah mulut dan kecemburuan masyarakat setempat terutamanya di kalangan kaum wanita. Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.


Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.

Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.

Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.

Makam Mahsuri
Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnyajatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.

Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Mat Arus keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.

Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang teruk.

Telaga Mahsuri
Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.

Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah binti Wan Nawawi menetap di pulau Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.

Waris Mahsuri ke 7, Wan Aishah
Waris Mahsuri ke 7, Wan Aishah





















Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir turut membantu mempromosikan Langkawi dengan menambahkan infrastruktur dan menjadikannya pusat pertunjukan seperti LIMA.

                                gambar keluarga wan aishah wan nawawi diziarahi persatuan sejarah kedah




gambar aishah mahsuri waktu kecik2..............comey nyer kan....

credit to : http://www.scribd.com/doc/33442181/Mahsuri



Generasi ke-7 Mahsuri, berkahwin..

Wan Aishah, generasi ke-7 Mahsuri berkahwin
PHUKET, Thailand 22 April – Dengan sekali lafaz Wan Aishah Wan Nawawi, generasi ketujuh Mahsuri, hari ini sah menjadi isteri kepada Alee Tongyon, 27, seorang usahawan muda industri pelancongan.

Digelar Princess, Wan Aishah, yang nama Siamnya ialah Sirintra Yayee, dinikahkan sendiri oleh datuk sebelah ibunya, Abdul Karim Dumluck dengan bersaksikan khatib Masjid Kampung Tambon, Kemala di sini Abdul Kadir, dan bilal masjid, Rofiq Somsat. Majlis pernikahan itu dilangsungkan malam ini di masjid berdekatan kediaman ibu bapa Wan Aishah di Kampung Tambon, Kemala. Satu majlis resepsi akan berlangsung di rumah Wan Aishah pada Sabtu ini dan dijangka dihadiri hampir 600 tetamu jemputan. Salah seorang ahli keluarga Wan Aishah memberitahu pernikahan Wan Aishah diatur oleh keluarga.
Alee merupakan rakan sekampung Wan Aishah sejak kecil. Pasangan ini bagaimanapun mula rapat sejak Wan Aishah memasuki universiti dan mengikat tali pertunangan awal tahun lalu. Bakal suami Wan Aishah difahamkan seorang usahawan yang memiliki syarikat produksi dan terlibat dalam bisnes hotel serta resort di Phuket.
Wan Aishah, adalah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel. Wan Aishah menjadi idola rakyat Malaysia sekitar awal 90-an apabila kisahnya berjaya dijejak Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah yang kemudian disusuli Ekspedisi Melawat Phuket anjuran majalah Al-Islam pada 1998.
Ketika itu Wan Aishah baru berusia 12 tahun. Sejak itu berita mengenai penemuan waris generasi ketujuh Mahsuri itu tersebar luas terutama di Thailand dan Malaysia. Penemuan Wan Aishah menamatkan sumpah Mahsuri ke atas Pulau Langkawi yang menjadi padang jarak padang tekukur sejak tujuh keturunan Mahsuri yang silam.

Sumber : Utusan Malaysia keluaran 23 April 2010


Keterangan : Aku (no.2 dari kiri) bersama Wan Aishah, generasi ketujuh Mahsuri,
di rumahnya Phuket, Thailand.


Bila terbaca akhbar Utusan Malaysia hari ini (23 April 2010) , aku teringat kunjungan aku ke Phuket pada tahun 2003 dulu. Aku mengikuti rombongan bersama-sama rakan untuk melawat Phuket selama 2 hari sempena Majlis Persaraan rakan kami. Dalam aturcara lawatan itu, ada diselitkan kunjungan ke rumah Wan Aishah (generasi ketujuh Mahsuri). Pada masa itu, Wan Aishah cukup popular di Malaysia apabila pihak akhbar menyiarkan berita mengenainya pada tahun 90-an. Jadi setiap pakej melawat Phuket oleh orang Malaysia, mesti diselitkan program kunjungan ke rumah Wan Aishah.

Rumah Wan Aishah tak jauh dari bandar Phuket, lebih kurang 20 minit saja perjalanan. Semasa kami sampai ke rumahnya, Wan Aishah baru balik dari sekolah(masa itu umurnya 16 tahun) .
Selepas tukar pakaian sekolah, Wan Aishah pun keluar untuk bertemu dengan rombongan kami. Dia tak boleh bercakap bahasa Melayu, jadi kena pakai penterjemah iaitu pemandu pelancong kami. Masa itu, ramailah yang ambil kesempatan bergambar bersama Wan Aishah.

Mengikut cerita pemandu pelancong kami, rombongan kami ini agak bertuah kerana Wan Aishah ada di rumah dan dapat berjumpa dengannya. Banyak juga rombongan-rombongan lain yang hampa bila datang, Wan Aishah tak ada di rumah. Cuma dapat tengok rumahnya saja. Katanya lagi, kalau guna pemandu pelancong lain, mungkin tak dapat jumpa. Kalau guna khidmat dia, mesti boleh jumpa sebab keluarga Wan Aishah kenal dia ( nak promote diri dia la tu). Sebelum balik, kami buat colection seorang RM10 untuk bagi kat Wan Aishah.
 CREDIT TO :

1 comment:

  1. saya ibu fina posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai pembatu gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka internet ada seseorng berkomentar
    tentang Mbah Bakaro katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada instalasi
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama Mbah Bakaro
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak Mbah Bakaro
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    dan rencana mau pulang ke indo untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah utang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI Mbah Bakaro DI NO: 082-333-348-575
    tak ada salahnya Anda coba
    karna angka ritual Mbah tidak perna meleset
    saya jamin Mbah Bakaro tidak akan mengecewakan Anda ..

    ReplyDelete