Tuesday 6 March 2012

Rita Rudaini sedih ditinggalkan suami


15 Jan - Rumah tangga pelakon Rita Rudaini Mokhtar (36) dengan suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak (25) kembali menjadi tegang. Aidil Zafuan telah meninggalkan rumah mereka di Sunway Damansara di sini sejak seminggu lalu. 

Menurut Rita Rudaini, kejadian itu berlaku semasa dia bersama dua anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin (3) dan Airit Rafqa Arjuna (9 bulan) pulang ke kampung di Kangar, Perlis.
Semasa di kampung, Rita menerima mesej daripada Aidil yang menyatakan dia mahu keluar rumah. Bila Rita balik semula ke Kuala Lumpur pada 10 Januari lalu, Rita mendapati pakaian, kereta dan motosikal Aidil sudah tiada. Aidil Zafuan memang telah meninggalkan rumahnya.

Bergaduh lagi?
Adakah mereka ada bergaduh sebelum kejadian Aidil Zafuan meninggalkan rumah? Kata Rita mereka tidak berbalah apa-apa pun sebelum peristiwa itu. Cuma kata Rita dia ada menegur sikap Aidil yang tidak bercakap benar mengenai satu majlis ulang tahun kelahiran ibunya, Azizah Arshad (59) yang diadakan di Seremban, Negeri Sembilan.
Kata Rita, dia agak berkecil hati kerana Aidil menyembunyikan majlis itu dan tidak mengajaknya untuk ikut sama. Tetapi masalah tersebut dapat diselesaikan apabila Rita membuat keputusan untuk tidak memanjangkan hal berkenaan. 

Ayu Raudhah 'bawa lari' suami Rita
Rita Rudaini kata dia terkejut apabila diberitahu oleh pembantu rumahnya yang kembar suaminya iaitu Zaquan Adha dan isterinya pelakon Ayu Raudhah 'membawa' Aidil Zafuan keluar dari rumah.
“Saya terkejut kenapa ada orang lain sanggup mencampuri urusan rumah tangga saya dengan membantu “membawa lari” Aidil daripada rumahnya sendiri? Mereka sepatutnya memberi nasihat yang baik kepada Aidil dan bukan menghasut dia meninggalkan rumah yang menempatkan isteri dan anak-anaknya,” kata Rita yang berasa sedih sangat dengan kejadian tersebut.

Aidil Zafuan ada tanya pasal anak
Rita Rudaini masih tidak mengetahui di mana suaminya tinggal sekarang, tetapi ada menerima pesanan daripadanya yang bertanyakan tentang anak.

Rita Rudaini buntu
Rita Rudaini kata dia buntu dengan masalah yang berlaku dan menyerahkan kepada Allah untuk memberi petunjuk selepas mengadu hal berkenaan kepada ibu dan bapa Aidil. Kata Rita hubungan dia dengan ibu dan bapa mertuanya tiada masalah. Rita ada menghubungi mereka untuk menceritakan hal yang telah berlaku.

Perang Twitter dengan Zaquan
Sebelum ini Rita Rudaini dan birasnya, Zaquan (kembar suaminya) telah “berperang” menerusi laman Twitter masing-masing. Kedua-duanya berbalas kenyataan yang mempertikaikan sikap di antara satu sama lain. Zaquan menyindir Rita yang tidak pernah berusaha untuk pulang ke Seremban bagi menjenguk mertuanya sendiri. Manakala Rita pula mengatakan Zaquan bersikap keterlaluan yang bertujuan untuk memalukannya.
Kata Rita 'perang twitter' tersebut berpunca tindakan Zaquan yang memberi komen yang menyakiti hatinya ketika dia berbalas pesanan dengan peminat berhubung kehidupan berumah tangga dan juga hubungan dengan mertua.

“Saya memberi nasihat secara umum mengenai mertua kepada peminat saya tetapi secara tiba-tiba Zaquan menyampuk menerusi laman Twitternya dengan menyindir saya. Pada hal, ia tiada kena mengena langsung dengannya,” kata Rita. Rita punya pandangan ialah jika Zaquan tidak berpuas hati degannya, dia tidak perlu menyindir menerusi Twitter berkenaan sebaliknya boleh berhubung terus dengannya menerusi telefon.

“Kerana geram dengan sikapnya, saya terpaksa mengambil keputusan menulis beberapa perkara yang bertujuan untuk melindungi diri saya dalam Twitter miliki saya itu,” ujar Rita.
..
Rita Rudaini, Zafuan
Rita Rudaini dan suami, Aidil Zafuan

January 2012. Sumber berita mStar.com. Photo credit to

No comments:

Post a Comment