Tuesday 6 March 2012

riwayat buah anggur Nabi Nuh


Ada riwayat tentang buah lain pun best gak, riwayat buah anggur pun boleh tahan gak..

    Alkisah selepas Banjir Besar pada zaman Nabi Nuh, maka berlabuhlah bahtera Nabi Nuh di atas bukit Judi, setelah surutnya banjir, maka berserakkan lah kembali binatang2 di atas muka bumi, cuma tinggal pohon2 dan tumbuh-tumbuhan yang masih belum subur berkembang mekar, Maka menjadi tanggungjawab Nabi Nuh untuk menabur benih2 yang telah di simpan untuk disemaikan di atas muka bumi agar dapat menyeimbangkan kembali kitaran alam semulajadi, dlm banyak2 benih tu adalah satu benih buah anggur yang di tanamnya di suatu tempat yang sesuai.. maka, pagi dan petang Nabi Nuh menyiram pokok anggur itu agar subur melata...

Nak dijadikan cerita suatu hari apabila Nabi Nuh hendak menyiram pokok anggur tersebut tetiba aje pokok tersebut dah pun disiram oleh orang lain, Nabi Nuh pun pelik, seraya tertanya tanya sape lah yang rajin benor siramkan pokok anggur nie, keesokan harinya Nabi Nuh pun siasat... siasat punya siasat rupa-rupanya iblis laknatullah yang menyiram pokok anggur tersebut, terkejut lah Nabi Nuh dan pergi mendapatkan iblis, dan tanya motif iblis berbuat begitu, maka, alasan iblis adalah tak lain tak bukan hanya untuk membantu menyenangkan kerja Nabi Nuh yang tak banyak itu.. deal punya deal, Nabi Nuh benarkan iblis siram pada waktu petang sedang Nabi Nuh menyiram pada waktu pagi...

Nak tau ape yang berlaku seterusnya, jeng jeng jeng.. Nabi Nuh memang siram elok je pada waktu pagi, tapi waktu  petang waktu orang lain tak nampak elok je si iblis siram guna air kencing dia, kejadian ni berlarutan lah sampai pohon anggur tu subur dan berbuah...

so, pasal tu lah pada buah anggur boleh menjadi kebaikan dan keburukan, kebaikannya dangan berkat seorang Nabi menjadilah anggur sebagai kismis, baik untuk otak dan badan dan keburukannya ialah sebagai bahan buatan arak yang menjadi  ibu segala maksiat.. tu pasal lah bila orang minum arak samalah dengan minum air kencing Syaitan....  wallahua'lam bissawab,

(nie cerita org dulu2 Wallahua'lam,Tuhan je yang tahu cerita yang sebenar


credit to : http://39263.activeboard.com/t4945944/apakah-itu-buah-kuldi/

No comments:

Post a Comment