Tuesday, 6 March 2012

apa itu khunsa

Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini Allah ciptakan sebagai sebahagian bukti kekuasaan Allah. Mereka mempunyai ciri fizikal dan naluri istimewa sejak lahir.

Gambar hiasan
Dari segi fiqh Islam, golongan khunsa terbahagi kepada dua, khunsa musykil iaitu khunsa yang diragui dan khunsa ghair musykil atau khunsa yang tidak diragui.

Khunsa musykil adalah khunsa yang tidak langsung dapat dipastikan jantinanya kerana mereka dilahirkan tanpa sebarang alat kelamin dan hanya punyai alat untuk membuang air kecil.

Khunsa ghair musykil pula, dapat dipastikan keterampilan mereka sama ada menjurus kepada perempuan atau lelaki melalui tanda-tanda fizikal atau dipastikan jantina secara klinikal.

Harus dari sudut hukum syarak bagi khunsa ghair musykil untuk berkahwin tetapi haram bagi khunsa musykil untuk berkahwin.

Dalam bahasa Inggeris, khunsa disebut sebagai hermaphrodite. Jumhur ulama menetapkan mereka bersolat Jumaat pada saf ketiga iaitu selepas saf kanak-kanak lelaki dan di hadapan perempuan.

Ini bukan diskriminasi tetapi peraturan dalam Islam. Islam menetapkan saf perempuan paling belakang bukan bermakna Islam mendiskriminasikan perempuan. Dalam solat, Imam yang paling hadapan paling bertanggungjawab dalam sah batalnya solat itu. Lelaki pula adalah golongan yang paling bertanggungjawab di hadapan Allah SWT nanti.

Khunsa diletakkan di barisan ketiga melambangkan tanggujawab mereka yang ringan berbanding lelaki bukan khunsa.

No comments:

Post a Comment