Bab-bab yang berikutnya akan mengkaji dunia Islam negara demi negara, dan akan mendedahkan penindasan dan kekejaman yang dikenakan kepada umat Islam. Walau bagaimanapun, sebelum itu, kita mesti melihat punca-punca serangan yang dilancarkan kepada dunia Islam.
Kawasan yang dikenali sebagai dunia Islam terdiri daripada negara-negara yang majoritinya terdiri daripada orang-orang Islam. Ia bermula dari Maghribi dan Mauritania di Barat sehinggalah ke Indonesia di Timur. Majoriti terbesar, dalam 1 bilion, yang mendiami kawasan tersebut beragama Islam. Sejak lebih 200 tahun, mereka telah berhadapan dengan pelbagai jenis serangan, penindasan, dan keganasan malah pernah dibunuh beramai-ramai hanya kerana mereka beragama Islam. Ini disebabkan ramai orang-orang Islam yang hidup di bawah rejim bukan Islam yang bencikan Islam.
Apabila kita melihat dunia Islam hari ini, kita akan dapat melihat dengan jelas usaha menghancurkan, menindas dan menghapuskan umat Islam di Bosnia, Algeria, Tunisia, Eritrea, Mesir, Afghanistan, Turkistan Timur, Chechnya, Thailand, Filipina, Myanmar dan juga Sudan. Jika dilihat secara sepintas lalu, umat Islam di kawasan-kawasan yang berbeza itu sedang berhadapan dengan musuh-musuh yang berlainan. Orang-orang Serbia di Bosnia, pejuang Hindu di Kashmir, orang-orang Rusia di Caucasus, dan rejim-rejim penindas yang menentang umat Islam di negara-negara seperti Algeria, Mesir, dan Maghribi. Namun, kuasa-kuasa anti-Islam ini, yang kelihatan tiada perkaitan dengan yang lain, kesemuanya bertindak dengan logik yang sama, strategi yang serupa, dan menggunakan modus operandi yang sama. Faktor asasnya ialah mereka semua anti agama.
Kuasa-kuasa yang menafikan kewujudan Allah itu dan melihat agama-agama ketuhanan - terutamanya Islam, satu-satunya agama yang korup - sebagai musuh paling berbahaya kepada sistem sekular mereka dan seterusnya mengisytiharkan perang keganasan terhadap agama dan mereka yang beriman, sebenarnya mewakili ideologi-ideologi ateis. Inilah sebabnya mengapa musuh sebenar Islam bukannya orang-orang Serbia, Hindu ataupun pelbagai rejim-rejim penindas yang lain, tetapi adalah pegangan tidak beragama yang menyelubungi dunia ini. Dasar peperangan menentang Islam tersebut berakar-umbi daripada ateisme dan telah bermula sejak sekian lama. Kolonialisme dan Kebencian Terhadap Islam
Dunia Islam tidak selalunya kekal statik. Beberapa ratus tahun dahulu, dunia diperintah oleh empayar Islam. Pada permulaan tahun 1700, hampir seluruh dunia Islam ditadbir oleh tiga empayar agung. Empayar Moghul memerintah India, manakala Empayar Safavid memerintah Iran dan kawasan-kawasan sekitarnya. Kuasa ketiga dan yang paling berkuasa ialah Empayar Uthmaniyah, yang memerintah seluruh Semenanjung Balkan termasuklah Anatolia (sekarang digelar Turki), Mesopotamia (sekarang digelar Iraq dan Syria), Semenanjung Arab, dan Afrika Utara.
Walau bagaimanapun, ketiga-tiga empayar tersebut akhirnya hilang secara beransur-ansur daripada peta dunia. Empayar Moghul menjadi lemah, menjadi semakin kecil, dan akhirnya tumbang. Sub-benua India akhirnya jatuh ke dalam tangan kolonial British. Kawasan yang dikenali sebagai Indocina telah dikoloni oleh Perancis. Kerajaan Safavid di bahagian tengah Asia akhirnya jatuh di bawah pemerintahan British dan Rusia. Empayar Uthmaniyah, empayar umat Islam ketiga dan yang paling kuat, akhirnya menjadi semakin kecil bermula sejak permulaan abad kesembilan belas. Tanah-tanah jajahan Uthmaniyyah di Barat telah jatuh ke tangan Rusia, dan negeri-negeri Balkan telah dipengaruhi olehnya. Timur Tengah, Semenanjung Arab dan Afrika Utara telah dikuasai oleh British, Perancis dan Itali. Dengan berakhirnya Perang Dunia Pertama, sebahagian besar dunia Islam telah diperintah oleh kerajaan-kerajaan bukan Islam.
Kesemuanya merupakan kuasa kolonial dunia ini. Pada tahun 1920-an, Rusia dan Itali menyertai negara-negara kolonial tradisi seperti Britain dan Perancis. Negara-negara tersebut telah menjajah dan menguasai dunia Islam. Mereka tidak teragak-agak untuk melakukan penyeksaan kejam dan kezaliman ke atas populasi umat Islam yang berada di bawah pemerintahannya. Britain dan Perancis "mentadbir" umat Islam di Timur Tengah, Afrika Utara, dan Timur Jauh. Dengan kata lain, mereka menuai dan menggunakan sumber-sumber alam negara Islam untuk kepentingan mereka sendiri. Soviet Rusia mengambil alih Caucasus dan Asia Tengah, dan umat Islam di kawasan tersebut telah diperhambakan di bawah tekanan rejim komunis. Itali menawan Libya pada tahun 1911, dan kemudian melakukan penaklukan berdarah ke atas Abyssinia (sekarang digelar Ethiopia) pada tahun 1930-an.
Satu ciri penting polisi-polisi Britain dan Perancis terhadap Timur Tengah ialah penubuhan negara-negara boneka yang dipergunakan untuk memenuhi segala keperluan mereka. Order palsu di Timur Tengah itu telah menjadi benih beracun yang membawa kepada berlakunya peperangan demi peperangan. Dua kuasa besar penjajah Eropah itu telah dipaksa berundur dari kawasan tersebut setelah selesai Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun, mereka pergi dengan meninggalkan satu kuasa penjajah yang lebih kejam, lebih agresif, dan lebih dahsyat: Israel.
Apabila kita melihat gambar yang mana gambaran kasar tentangnya telahpun dirumuskan, kita dapat melihat dengan jelas bahawa dunia Islam sudah menjadi sasaran kuasa asing sejak permulaan abad kesembilan belas lagi. Sepanjang tempoh 200 tahun, dunia umat Islam telah diduduki, dijajahi, ditindas dan dizalimi oleh kuasa-kuasa ini. Rejim-rejim boneka yang diletakkan oleh kuasa-kuasa tersebut di dalam dunia Islam turut menindas umat Islam, dan mereka masih melakukannya sehinggalah ke hari ini. Tambahan lagi, kuasa-kuasa luar tersebut telah mewujudkan beberapa ideologi baru yang sangat asing kepada dunia Islam, seperti nasionalisme melampau, fasisme dan komunisme. Mereka kemudiannya menggunakan golongan yang terpedaya dengan ideologi-ideologi tersebut untuk menjadi "musuh dalam selimut" kepada masyarakat Islam. Dasar Ideologi-ideologi Permusuhan Terhadap Islam
Apabila kita menganalisis musuh-musuh dunia Islam, kita akan berjumpa dengan tiga idea-idea asas:
1. Imperialisme Barat: Sebagai contoh, kolonialisme British dan Perancis seperti yang telah diterangkan di atas.
2. Ekstrem-fasisme nasionalisme: Fasisme Itali, Israel, dan kumpulan-kumpulan profasis yang menyebabkan tercetusnya perang-perang saudara di dalam dunia Islam.
3. Komunisme: Soviet Rusia, China, Kemboja di bawah pemerintahan Khmer Rouge, komunis di Afghanistan dan pelbagai lagi kumpulan komunis di Timur Tengah.
Kajian yang lebih mendalam mendedahkan bahawa ketiga-tiga idea tersebut muncul pada abad kesembilan belas, dan berkembang pada abad kedua puluh. Nasionalisme ekstrem dan fasisme yang muncul daripada kebangkitan idea-idea tersebut merupakan ideologi-ideologi yang terbit secara menyeluruh pada abad kesembilan belas, dan mula dipraktikkan dengan meluas pada abad kedua puluh. Komunisme bermula daripada teori materialisme dialektikal yang diperkenalkan oleh Marx dan Engels pada abad kesembilan belas, walaupun regim komunis yang pertama masih belum ditubuhkan sehingga tahun 1917, di Rusia.
Seseorang boleh berkata bahawa hanya kolonialisme Barat yang bermula sejak awal-awal abad, walaupun kemudian ia dirangkumi oleh inisiatif ekonomi yang terbatas dan kemudian sekali lagi mendominasi posisi global dengan menggunakan asas-asas falsafah dan ideologinya pada abad kesembilan belas.
Ini menunjukkan kepada kita bahawa musuh dunia Islam yang sebenarnya bukanlah sebuah kesatuan ataupun peradaban (misalnya peradaban Barat), tetapi adalah "ideologi-ideologi" yang telah menukarkan kesatuan-kesatuan atau peradaban-peradaban tersebut kepada penindas-penindas yang hauskan darah. Ideologi-ideologi ini telah mendominasi sebahagian besar dunia pada abad kesembilan belas, dan telah membawa kekejaman dan kezaliman ke mana-mana sahaja ia pergi. Sebenarnya ideologi-ideologi inilah yang menjajah, membahagi, merompak, memperhamba, dan menyembelih umat Islam sedunia.
Selama
lebih dari setengah abad, umat Islam Palestin telah diusir dari
kediaman mereka tanpa sebab, ditembak, dan dilakukan penderaan dan
kekejaman. Namun seluruh dunia diam membisu dalam menghadapi kuasa
penjajah: Israel.
Tiada
bangsa atau masyarakat tertentu yang menjadi musuh dunia Islam secara
khusus, tetapi ia lebih kepada sebuah “ideologi” yang telah menukar
bangsa dan masyarakat tersebut menjadi penindas. Ideologi-ideologi ini
mula mendominasi dunia secara meluas pada abad ke-19, dan ke mana
sahaja ia pergi, pasti wujud senario kekejaman dan kezaliman dalam abad
ke-20.Apabila kita memerhatikan ketiga-tiga ideologi ini, kita dapat melihat di sebalik segala apa yang berlaku ialah peningkatan kepercayaan ateisme di Barat. Setiap daripada mereka muncul apabila dunia Barat sudah tidak mahu lagi percaya kepada Tuhan dan agama, dan mula menerima fahaman golongan materialis sebagai cara hidup mereka.
Satu kebenaran penting yang mengesahkan hakikat ini ialah ketiga-tiga ideologi ini telah diasaskan daripada teori evolusi Darwin, yang mana menggambarkan "asas saintifik ateisme" dan yang mana buat julung-julung kalinya falsafah ateis telah menjadi satu "kebenaran saintifik."
Hubungan di Antara Darwinisme, Kolonialisme dan Fasisme
Konsep pergelutan untuk terus hidup oleh Darwin telah menjadi sumber inspirasi penting kepada fahaman rasisme (perkauman), komunisme dan fasisme, termasuk juga imperialisme. |
Suatu hari nanti di masa hadapan, tidak berapa jauh sahaja lagi jika diukur secara abad, bangsa-bangsa manusia yang bertamadun pasti akan menghapuskan dan menggantikan bangsa-bangsa liar di seluruh dunia. Pada masa yang sama juga, beruk anthropomorphous (seperti-manusia)... tanpa ragu lagi akan dihapuskan. Jurang di antara manusia dan kumpulan terdekatnya akan menjadi lebih luas lagi, yang mana ia (pent: iaitu kumpulan terdekat) akan mengganggu keadaan yang lebih bertamadun, sepert yang kita mungkin harap, malahan juga daripada Caucasian, dan serendah-rendah beruk seperti babun, sebagai ganti sekarang di antara negro ataupun penduduk Australia dan gorila.1
Darwin membuat kesimpulan yang menarik ini dengan menggunakan konsep "perjuangan untuk terus hidup" (struggle for survival). Berdasarkan kepada dakwaan ini, yang lemah akan disingkirkan dalam perjuangan untuk terus hidup, manakala yang kuat dan lebih sesuai akan terselamat. Di samping itu, beliau mempertahankan dakwaannya dengan mengatakan proses tersebut amat penting untuk kemajuan universal, dengan kata lain penghapusan bangsa-bangsa tertentu merupakan suatu proses yang membolehkan manusia lebih maju dan melangkah lebih jauh ke hadapan.
Idea tidak saintifik yang dikenali sebagai "Sosial Darwinisme" (Social Darwinism) ini, telah diterima dengan meluas dalam dunia sains yang masih primitif ketika itu dan ia telah menjadi sumber justifikasi asas kepada kolonialisme Eropah.
Sosial Darwinisme menjadi sumber inspirasi pembentukan ekstrem nasionalisme, fasisme dan juga imperialisme. Kesemua ahli-ahli teori abad kesembilan belas yang dikenali sebagai para pengasas fahaman fasisme (seperti Friedrich Nietzsche, Heinrich von Treitschke, Francis Galton, dan Ernst Haeckel) telah dipengaruhi hebat oleh teori evolusi Darwin, terutama sekali tentang konsep "perjuangan untuk terus hidup." Mussolini, seorang diktator Itali yang telah mengasaskan rejim fasis yang pertama, merupakan ahli Darwin yang begitu setia pada zaman mudanya dan sering mengagungkan Darwin di dalam artikel-artikel yang ditulisnya. Adalah sesuatu yang jelas di dalam penulisan-penulisan Hitler dan tokoh-tokoh penting Nazi, yang menunjukkan bahawa mereka juga telah mendapat inspirasi daripada Sosial Darwinisme. (Untuk maklumat lanjut, rujuk karya Harun Yahya, Fascism: Darwinism's Bloody Ideology, Istanbul, Global Yayýncýlýk, 2001)
Kebencian Ideologi-ideologi Komunis Terhadap Islam
Darwinisme turut menjadi asas kepada komunisme. Ia telah dijelaskan oleh pengasasnya yang pertama, Karl Marx dan Friedrich Engels. Kedua-duanya merupakan ateis, yang melihat penghapusan kepercayaan beragama merupakan sesuatu yang amat penting kepada komunisme, dan kedua-duanya memahami sejelas-jelasnya bahawa teori evolusi dapat membantu mereka mencapai hasrat yang diidam-idamkan.
Tidak berapa lama selepas buku Darwin diterbitkan, Engels menulis surat kepada Marx yang berbunyi: "Buku Darwin yang sedang saya baca ini amat bagus sekali."2 Pada 19 Disember 1860, Marx membalas, "Inilah buku yang mengandungi asas sejarah semula jadi untuk rujukan kita."3 Di dalam suratnya yang lain kepada seorang lagi rakan sosialis, Lassalle, yang bertarikh 16 Januari 1861, Marx menulis, "Hasil kerja Darwin adalah sangat penting dan memenuhi niat saya yang mana ia menyediakan asas kepada sains tulen untuk perjuangan kelas yang bersejarah,"4 maka dengan itu telah mendedahkan betapa pentingnya teori evolusi kepada komunisme.
Para diktator seperti Lenin, Trotsky, Stalin dan Mao Tse-tung telah memberikan komen mereka tentang komunisme, yang mana ia menunjukkan suatu hubungan ideologi kepada idea Darwin. Teori evolusi dijadikan asas pendidikan dan polisi pertanian di bawah rejim komunis. Semua pergerakan komunis menemui asas ideologi dan justifikasi apabila mereka melihat fahaman Darwinisme.
Bagi ideologi komunis yang begitu terpengaruh dengan Darwinisme, masyarakat hanyalah "sekumpulan haiwan." Manusia adalah tidak bernyawa, makhluk yang dungu, "mesin manusia-haiwan", dan tidak berguna. Hukum "Ada banyak kumpulan haiwan, jadi tidak mengapa jika satu hilang" telah menjadi asas pemerintahan. Mereka yang cacat dan tidak berupaya berkerja akan disingkirkan daripada kumpulan tersebut dan akan dibiarkan mati. Mereka dilihat sebagai sesuatu yang sakit dan berbahaya. Tidak wujud langsung sebarang perasaan kasih-sayang, belas kasihan, dan kesetiaan. Memandangkan mereka percaya tiada kehidupan selepas kematian, maka mereka hidup dengan menggunakan seluruh kuasa yang dimiliki. Memandangkan semua orang adalah musuh dan pesaing di dalam pergelutan untuk terus hidup, maka segala tindak-tanduk dilakukan untuk menentang mereka, dan kebencian menjadi satu perkara lumrah.
Adalah sesuatu yang semulajadi bagi ideologi komunis, yang mewujudkan suatu masyarakat tanpa semangat moral, sprituil dan juga kemanusiaan, turut memusuhi agama. Sifat-sifat mulia seperti nilai-nilai moral, cinta, sayang, belas kasihan, sanggup berkorban, berkerjasama dan saling bermaafan tidak mendapat sebarang tempat di dalam model yang diwujudkan komunisme. Apabila seseorang membaca tulisan-tulisan Marx, Engels, Lenin, Stalin, Trotsky, Mao dan para pendukung ideologi komunis yang lain, mereka akan dapat melihat kebenaran hakikat tersebut. Marx menggambarkan agama sebagai "candu masyarakat" dan juga sebagai budaya yang dibentuk oleh kelas pemerintah yang hanya melenakan orang-orang miskin. Oleh itu, beliau mencadangkan agar sebarang kepercayaan beragama dihapuskan jika komunisme mahu bertapak dengan kukuhnya.
Di dalam artikel Lenin yang bertajuk "Socialism and Religion" (Sosialisme dan Agama), yang diterbitkan pada 1905 di dalam sebuah majalah berbahasa Rusia Novaya Zhizn, beliau menggambarkan agama sebagai "kabus" yang harus dihapuskan, dan juga turut menyusun propaganda komunis yang akan dilaksanakan. Di dalam "The Attitude of the Workers' Party to Religion" (Sikap Parti Buruh Terhadap Agama) yang diterbitkan di dalam majalah Proletary pada tahun 1909, beliau sebagai pemimpin Parti Demokratik Sosial Rusia (yang kemudiannya dikenal sebagai Parti Komunis) telah menulis:
Asas kepada falsafah Marxisme, seperti Marx dan Engels berulang-kali isytiharkan, ialah dialektikal materialisme, yang telah mengambil alih sepenuhnya tradisi bersejarah materialisme abad kelapan belas di Perancis dan juga materialisme Feuerbach (separuh masa pertama abad kesembilan belas) di Jerman yang mana ia merupakan ateis mutlak dan memusuhi semua agama dengan hebatnya. "Agama adalah candu masyarakat." Pernyataan rasmi oleh Marx ini telah menjadi batu asas kepada pandangan ahli-ahli Marxis terhadap agama. 5
Kenyataan tersebut menunjukkan permusuhan Marx terhadap semua agama, dan juga telah mendedahkan kejahilannya tentang perkara tersebut. Kenyataan-kenyataan tersebut tidak mencerminkan kebenaran hakiki. Komunisme dan ideologi-ideologi ateis yang lain menyebabkan manusia tidak dapat berfikir, dan melakukan apa sahaja yang diarahkan tanpa banyak soal. Adalah sesuatu yang jelas bahawa manusia yang tidak pernah berfikir tidak akan mencapai hakikat kebenaran, dan seterusnya menjadikan hidup mereka penuh dengan tipuan dan kesalahan. Dengan berfikir, manusia dapat memahami tujuan dunia ini diciptakan, dan juga sebab kewujudan diri mereka sendiri. Kebenaran ini telah dijelaskan di dalam al-Quran:
Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan segala apa yang ada antara keduanya dengan tujuan main-main. Kami tidak menciptakan keduanya melainkan dengan hak (kebenaran), tetapi majoriti mereka tidak mengetahui. (Ad-Dukhan, 38-39)
Mengikut pandangan ideologi komunis, yang dipengaruhi oleh teori evolusi Darwin, masyarakat hanyalah “sekumpulan haiwan.” Manusia adalah sebuah jentera industri yang tidak bernyawa, yang terletak di antara makhluk manusia, haiwan dan juga mesin. Kekejaman di Chechnya telah dilakukan oleh Rusia – yang masih diperintah oleh bekas komunis – adalah bukti berlakunya amalan sistem tersebut.
Oleh
itu, setiap individu harus memikirkan pertama sekali tentang tujuan
penciptaannya, dan kemudian tentang makhluk atau jasad yang dilihat di
alam ini dan juga yang akan dijumpai sepanjang kehidupan mereka.
Seseorang yang gagal berfikir hanya akan dapat memahami kebenarannya
setelah dia mati, di hadapan Allah, tetapi ketika itu segalanya sudah
terlewat. Berfikirlah sementara kita masih punya masa, dan kemudian
buatlah kesimpulan. Ia pasti akan memberikan faedah kepada kita di Hari
Akhirat nanti. Itulah sebabnya Allah menyeru manusia, dengan
menggunakan utusan-utusan dan juga kitab-kitab-Nya, untuk berfikir
tentang tujuan penciptaannya dan seluruh alam semesta ini:
Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) mereka? Allah tidak menciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan untuk waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya ramai manusia yang ingkar tentang pertemuan dengan Tuhannya. (Ar-Ruum, 8)
Namun demikian, musuh-musuh agama seperti para pemimpin komunis, telah melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas yang menyebabkan ramai manusia berpaling dari agama, sehingga mendakwa agama menghalang manusia dari berfikir. Namun seperti yang telah kita lihat, agama sebenarnya mengajak manusia untuk berfikir.
Kesimpulan
Secara ringkas, telah jelas bahawa ketiga-tiga ideologi yang memusuhi dunia Islam itu telah berakar-umbi dari budaya ateis yang telah menguasai dunia Barat pada kurun kesembilan belas.
Hal ini sekali lagi menunjukkan bahawa betapa pentingnya perang intelektual dilakukan untuk menentang segala fahaman ateisme, yang mana ia bukan sahaja suatu kuasa yang cuba membinasakan kehidupan manusia di Akhirat dengan menghapuskan kepercayaan beragama. Sebaliknya ia juga, pada masa yang sama, turut bertujuan untuk memusnahkan dunia ini, menukarkannya menjadi sebuah tempat yang dipenuhi kekacauan dan peperangan, dan ia melihat umat Islam sebagai sasaran utama.
Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) mereka? Allah tidak menciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan untuk waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya ramai manusia yang ingkar tentang pertemuan dengan Tuhannya. (Ar-Ruum, 8)
Namun demikian, musuh-musuh agama seperti para pemimpin komunis, telah melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas yang menyebabkan ramai manusia berpaling dari agama, sehingga mendakwa agama menghalang manusia dari berfikir. Namun seperti yang telah kita lihat, agama sebenarnya mengajak manusia untuk berfikir.
Kesimpulan
Secara ringkas, telah jelas bahawa ketiga-tiga ideologi yang memusuhi dunia Islam itu telah berakar-umbi dari budaya ateis yang telah menguasai dunia Barat pada kurun kesembilan belas.
Hal ini sekali lagi menunjukkan bahawa betapa pentingnya perang intelektual dilakukan untuk menentang segala fahaman ateisme, yang mana ia bukan sahaja suatu kuasa yang cuba membinasakan kehidupan manusia di Akhirat dengan menghapuskan kepercayaan beragama. Sebaliknya ia juga, pada masa yang sama, turut bertujuan untuk memusnahkan dunia ini, menukarkannya menjadi sebuah tempat yang dipenuhi kekacauan dan peperangan, dan ia melihat umat Islam sebagai sasaran utama.
Inilah
sebabnya mengapa perang intelektual adalah baik kerana ia suatu
tindakan untuk meningkatkan keimanan dan juga sebagai satu "perang
moral" menentang "korupsi" yang sedang menguasai bumi ini. Kewujudan
ramai umat Islam yang sedang ditindas oleh sistem ateis di seluruh
dunia telah menyedarkan kita betapa pentingnya perjuangan tersebut.
Setiap kejayaan ideologi menentang ateisme (dan juga falsafah-falsafah,
ideologi-ideologi dan yang kononnya merupakan teori saintifik seperti
Darwinisme yang bersandarkan kepada dasar-dasar ateis) juga merupakan
kejayaan moral yang dapat membantu umat Islam yang sedang ditindas di
seluruh dunia.
PERHATIAN:- Jika
anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter
anda,sila klik butang kongsi di bawah ini. Apabila anda sebarkan
kandungan ini anda dianggap sebagai pendakwah. Sesungguhnya seorang
pendakwah itu akan mendapat ganjaran dari Ilahi..
http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2011/09/musuh-musuh-dunia-islam.html
No comments:
Post a Comment