Ada
seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di
Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah
berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain
belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika,
dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin
akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk
Islam.
Pada suatu hari mereka berdua
berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat
sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta
agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun
kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut
masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening,
sebagaimana kebiasaan mereka.
Ketika paderi masuk, mereka
serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di
saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin
dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar
dari sini.' Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi
tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak
bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Aku minta
dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.' Barulah pemuda
ini beranjak keluar.
Di ambang pintu, pemuda
bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang
Muslim?'Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang terdapat di wajahmu.'
Kemudian dia beranjak hendak
keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan
mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda
tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun
menerima tentangan debat tersebut.
Paderi berkata, 'Aku akan
mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan
tepat. ' Si pemuda tersenyum dan berkata, 'Silakan!'
Sang paderi pun mulai bertanya,
'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang
tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam
yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada
sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih
dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada
tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.'
'Sebutkan sesuatu yang dapat
bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan
berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam
syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak
menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah
dan ibu!'
'Siapakah yang tercipta dari
api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari
api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu
dan siapakah yang terpelihara dari batu?'
'Sebutkan sesuatu yang
diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12
ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5
buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?' Mendengar
pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca 'Bismillah...' dia berkata,
- Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
- Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).'
(Al-Isra': 12).
- Tiga yang tiada empatnya
adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan
sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali
dinding yang hampir roboh.
- Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
- Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
- Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, 'Yang
telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak
melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak
seimbang.'
(Al-Mulk: 3).
- Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman,
'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari
itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala)
mereka.'
(Al-Haqah: 17).
- Sembilan yang tiada
sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu:
tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak,
darah, kutu dan belalang.*
- Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.'
(Al-An'am: 160).
- Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf
- Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, 'Dan
(ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman,
'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua
belas mata air.'
(Al-Baqarah: 60).
- Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
- Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.'
(At-Takwir: 18).
- Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
- Mereka yang berdusta namun
masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika
mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami, sesungguhnya kami
pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang
kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah kedustaan terungkap, Yusuf
berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan
terhadap
kamu semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun
bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang.' (Yusuf:98)
- Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.'
(Luqman: 19).
- Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
- Makhluk yang diciptakan dari
api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang
terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim..'
(Al-Anbiya':69).
- Makhluk yang terbuat dari
batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara
bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni
gua).
- Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).
- Adapun pohon yang memiliki 12
ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah,
3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon
adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah
Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang
hari.
Paderi dan para hadirin merasa
takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula
hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi
agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh
paderi.
Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci syurga itu?'
Mendengar pertanyaan itu lidah
paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun
berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak
berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar
menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.
Mereka berkata, 'Anda telah
melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara
dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu
menjawabnya!'
Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.'
Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. '
Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. '
Lantas paderi dan orang-orang
yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah
menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan
seorang pemuda Muslim yang bertakwa.
NOTA: Ini adalah artikel sulung
dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat
menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur'an bagi
membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang
kafir.
Saya pernah membaca dari satu
buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu
adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak
seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke
telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti
sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga
orang
nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu
bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak
mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat
dan kedudukan duniawi.
Wallahua'lam
semana kaya atau besar...tetap Allahuakbar!!!! ittaqullah!!!!!
kongsi artikel ini dengan rakan anda
No comments:
Post a Comment