Wednesday, 7 March 2012

Fazley - Rosmah : Ada cerita yang tak sedap di dengar.


Fazley - Rosmah : Ada cerita yang tak sedap di dengar...



Oleh: Pria Malaya

Berita semalam melaporkan pendedahan BBC tentang ijazah palsu Dr Fazley..boleh baca dalam blog "ohbulan.com" pada tjuk, "Panas, Ijazah Kedoktoran Penyanyi, “Dr” Fazley Adalah Palsu – BBC News"...

Penulis tidak berminat untuk mengulas isu ini, sudah banyak rakan2 blogger dan facebooker yg mengulas isu ini..cuma, apabila terdengar cerita pasal Fazley ni, tiba-tiba penulis terbayangkan tentang Rosmah Mansor...eh, apa kaitan Fazley dan Rosmah??

Untuk makluman, Fazley adalah anak Dato' Yaacob Mohamad, mantan Setiausaha Kerja UMNO di era pemerintahan Tun M...sementara Azrene adalah anak kedua Rosmah bersama bekas suami beliau, Abdul Aziz Nong Chik, bekas pegawai Petronas

Video Youtube 'Rosmah Puaka'..

Kalau korang ingat, heboh beberapa tahun lepas tentang rakaman video (youtube) yang memuatkan pendedahan tentang Rosmah Mansor di dalam beberapa siri..di dalam salah satu video, ada cerita mengenai Fazley ini...




Ikuti pada minit ke 3.00 sehingga minit terakhir...
"...jangalah sampai sekat periuk nasi orang...Fazley tu sampai xboleh keluar TV..telifon editor sana jangan keluar berita..siapa buat cerita faezley, kena maki.....

...redah rumah, redah pejabat, redah sekolah Fazley..panggil kementerian cek lesen-lesen, cek dia punya sekolah....tu semua percubaan Rosmah lah...

...ugut sana ugut sini.....kawin anak dia (Fazley) kat sini berapa banyak ugutan kene terima...kereta orang datang malam itu kawin semua kena cakar..tu kerja dia (Rosmah Mansor)..."
Semua kenyataan yg dirakam dia atas adalah dari keluarga terdekat Rosmah Mansor sendiri...

Di bawah pula, komen seorang forumer Umno semasa hari perkahwinan Fazley yang dicilok dari forum MYKMU:

"Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dikatakan menelefon pengarang pengarang media perdana agar TIDAK MEMBERIKAN perkahwinan anak perempuan beliau (dengan mantan suami) sebarang liputan.

Dikatakan juga Datin Seri Rosmah menelefon Menteri Penerangan YB Zainuddin Maidin atas arahan yang sama."
Berdasarkan sumber maklumat di atas, rupanya ada suatu yg tidak kena semasa perkahwinan Fazley dan Azrene..

Menurut 'cakap2' yg sampai pada pengetahuan penulis, Rosmah sebenarnya tidak gemar akan si Azrene ini...penulis tak dapat kepastian, tetapi hasil pembacaan penulis baik dikalangan penyokong pembangkang mahupun penyokong Umno, terdapat 'gap' antara Rosmah dan anak kandungnya itu...apakah betul atau tidak, wallahua'lam...

Pulau majlis perkahwinan?

Apa yg pasti, Rosmah tidak menghadiri majlis perkahwinan Fazley dan Azrene pada akhir tahun 2006 yg lalu...boleh lihat gambar2 di bawah..










Bukan setakat tidak menghadiri ketika majlis nikah dan perkahwinan anaknya Azrene, bahkan Rosmah juga dikatakan langsung tidak pernah menjenguk cucu2nya hasil dari perkahwinan Fazley dan Azrene...
"Dalam menyambut kehadiran anggota baru dalam keluarga Azrene sudah tentu belaian nenek tersayang amat dinantikan bagi cucu sulung dan juga bayi yang baru berusia seminggu ini.



Namun harapan hanya tinggal harapan kerana sehingga kini Rosmah didakwa tidak kunjung tiba untuk menjenguk kedua-dua cucunya.

Malah dakwa seorang ahli keluarga isteri Datuk Seri Najib Razak itu tidak pernah berkesempatan untuk membelai cucu pertamanya sejak dilahirkan.

"Kami berasa sedih kerana sebagai seorang nenek beliau sepatutnya datanglah menjenguk cucu sendiri. Ini sejak dapat cucu pertama sehinggalah cucu kedua tak pernah nak datang tengok cucu.

"Orang lain pun sibuk tapi bila bab cucu dan keluarga semua yang lain tidak penting," dakwa ahli keluarga tersebut." (sumber di SINI)
Tentang sebab kenapa RM tak hadir majlis persandingan/perkahwinan anaknya sendiri, kenapa tidak menjenguk cucu2nya dan lain2, itu kita kena tanya tuan punya badan, atau orang yg dekat dengannya...

Bak kata ayah Fazley ketika berucap di majlis persandingan anaknya di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (ydimana ketika itu ibu Azrene iaitu Rosmah Mansor tiada di sisi anaknya)...kata ayahnya Fazley:
“Dan percayalah kata bapa hari ini, Allah maha berkuasa, walaupun kita sebagai manusia hanya kita boleh merancang segala strategi namun Allah juga mempunyai perancanganNya yang tersendiri untuk menentukan segala ketentuan.

"Percayalah anakku berdua, biar terpaksa mengharungi rebut, taufan, petir, ombak dan badai, walaupun punyai penuh dengan kemungkaran manusia yang bertuankan iblis dan syaitan.

"Namun hadapilah pancaroba tersebut dengan berlandaskan Al-Quran,Insyaallah, bapa dan ibu yakin dengan memiliki ilmu Al-Quran di dada segala dugaan dunia dan akhirat dapat dihadapi bersama"..
Ya, semoga mereka berdua dpt mengharungi ujian hidup walupun disisi mereka penuh dengan "kemungkaran manusia yang bertuankan iblis dan syaitan"...

Akhir kalam, penulis sarankan korang melihat kembali kesemua siri rakaman video di atas berkaitan Rosmah Mansor..pendedahan yg dibuat oleh keluarga Rosmah sendiri, bukan pembangkang atau orang lain..semua masih kekal misteri sehingga ke hari ini...fikir2kan...wallahua'lam...

Sumber:
1. MYKMU
2. Agendadaily
3. manjongmari
 
 
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/11/fazley-rosmah-ada-cerita-yang-tak-sedap.html

No comments:

Post a Comment