Pengasuh
kejam di taska Taman Kota Masai,Johor Bahru.Lanjutan daripada
penyebaran video di internet yang berunsurkan penderaan di taska
tersebut yang dipercayai dilakukan oleh bekas pengasuh taska
terbabit,telah mengundang kemarahan orang ramai,terutamanya ibubapa
mangsa.
Sehubungan itu,memetik daripada akhbar berita sinarharian,memaklumkan
Pengarah
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Khatijah Abdullah
mengetahui mengenai adegan video yang disifatkan keterlaluan terhadap
kanak-kanak itu selepas menonton video terbabit, Khamis lalu.
Menurutnya,
pihak JKM telah membuat siasatan ke premis tersebut bagi memastikan
kesahihan rakaman video lebih seminit itu, pada keesokan harinya.
“Siasatan
JKM mendapati rakaman itu dipercayai angkara dua bekas pengasuh yang
berkhidmat di situ selepas tidak berpuas hati terhadap tindakan
pengusaha taska memberhentikan perkhidmatan mereka.
“Hasil
siasatan mendapati pengusaha taska itu, mengakui ianya adalah cubaan
khianat bekas pekerjanya itu bagi menjatuhkan maruah dan
perniagaannya, malah kes berkenaan telah dilaporkan kepada polis,”
katanya kepada Sinar Harian.
Khatijah berkata, taska berkenaan beroperasi sejak Januari tahun lalu dan berdaftar dengan pihak JKM.
Katanya, seramai 30 kanak-kanak berada di bawah jagaan mereka berumur sehingga empat tahun dikendalikan lima pengasuh.
“Pengusaha mendakwa ibu bapa kanak-kanak berkenaan telah dimaklumkan berhubung penyebaran video berkenaan.
“Ini adalah kes pertama cubaan mengaibkan kanak-kanak dan pengusaha di negeri ini,” katanya.
Beliau
berkata, siasatan awal mendapati pengusaha terbabit mengikuti segala
peraturan ditetapkan menyebabkan mereka layak mendapatkan permit
menjalankan perkhidmatan itu.
No comments:
Post a Comment