Patung Dewa Murugan tertinggi di dunia
( Agama Hindu di Batu Cave, Selangor )
( Agama Hindu di Batu Cave, Selangor )
Patung Dewa Murugan yang berada
di kaki bukit Batu Caves, selangor merupakan yang tertinggi didunia,
dihasilkan dari 1,550 meter cubic konkrit, 250 tan batang besi dan 300
liter cat berwarna keemasan yang dibeli dari Thailand.
Ia diukir oleh 15 pengukir India
yang mengambil masa lebih tiga tahun untuk menyiapkan projek itu.
Patung bernilai RM2.5 juta itu dicatatkan dalam Malaysian Book of
Records sebagai patung tertinggi dewa Hindu dalam negara. Ketinggiannya
mencapai 42.7 atau 140 kaki.
Patung Buddha kedua terbesar di dunia
( Agama Buddha di Tumpat, Kelantan )
( Agama Buddha di Tumpat, Kelantan )
Patung Buddha duduk pula
mula dibina pada 1991 dan kini siap dengan belanja kira-kira RM3 juta.
Patung Buddha mempunyai ketinggian 30 meter, panjang 46.9 meter dan
luas kawasan dalaman 22.12 meter persegi.
Gereja Kristian terbesar di Asia dan tercanggih di dunia
( Agama Kristian, Bukit Jalil, Kuala Lumpur )
Calvary Convention Centre (CCC)
itulah namanya Gereja yang sedang dibina di Bukit Jalil sekarang ini.
Kompleks gereja setinggi 6 tingkat ini dibina di kawasan seluas 600,000
kaki persegi. Dengan kos pembinaan melebihi RM100 juta tidak termasuk
kos tanah RM35 juta.
Dibina oleh Nam Fatt
Construction Sdn. Bhd, lengkap dengan pelbagai fasiliti dan dewan
auditorium yang boleh memuatkan 5,000 orang. Jika ada sesiapa yang
perasan pada papan tanda pembinaan gereja ini ditulis "Adanya Harapan",
"There Is Hope". Harapan baru untuk menjadikan Malaysia ini lebih baik?
No comments:
Post a Comment