berita pada Selasa, Disember 15, 2009
Nakhaie Ahmad kata, "berdosa tak pakai tudung"....Rosmah kata, "saya tak hirau tuduhan liar"..
Nakhaie Ahmad: “Perbuatan seperti itu (merujuk kepada Rosmah Mansor yang tidak bertudung) satu dosa”...di akhirat kelak wanita yang tidak menutup aurat akan ditanyakan di hadapan Allah Taala mengapa tidak mematuhi suruhan agama..
Rosmah Mansor: "Saya tidak punya masa untuk melayan mereka,"..beliau tidak risau dengan begitu banyak tuduhan jahat dan liar dilemparkan terhadapnya oleh pihak-pihak yang bersikap memusuhi beliau..“Jadi, isu ini adalah budaya universal, datang dari orang-orang yang tidak senang dengan kerajaan.."
Berita penuh..
Rosmah tidak risau dilontar tuduhan liar
Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau tidak risau dengan begitu banyak tuduhan jahat dan liar dilemparkan terhadapnya oleh pihak-pihak yang bersikap memusuhi beliau.
Rosmah berkata, sebagai isteri perdana benteri, beliau lebih fokus dalam kerjanya untuk membantu rakyat mendapatkan kehidupan lebih sempurna dan baik, begitu juga masa depan.
"Saya tidak punya masa untuk melayan mereka," katanya kepada media Malaysia di sidang akhbar di Singapura hari ini apabila ditanya tentang perasaannya terhadap banyak tuduhan negatif yang tersebar dalam negara yang mengaitkan diri beliau.
Rosmah berkata beliau, malahan suaminya juga, tidak terjejas tumpuan atau terlalu mengambil kisah dakwaan itu oleh kerana mereka fokus dalam kerja.
Rosmah berkata apabila beliau bertemu dengan isteri-isteri pembesar asing, mereka memberitahunya mereka juga menjadi sasaran parti politik pembangkang.
“Jadi, isu ini adalah budaya universal, datang dari orang-orang yang tidak senang dengan kerajaan," kata Rosmah, dan menambah tuduhan itu lebih hebat apabila pilihan raya semakin hampir.
Rosmah berada di Singapura untuk menghadiri Forum Pemimpin Wanita Asean dan beliau menyampaikan ucaptama mengenai kepimpinan wanita dalam era baru.
Sumber, Malaysiakini
Berita terdahulu..
Isteri PM berdosa tak tutup aurat – Nakhaie Ahmad
KOTA BHARU, 14 Dis: Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad berkata, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tidak menutup aurat sebagai berdosa.
“Perbuatan seperti itu satu dosa,” katanya merujuk kepada soalan seorang peserta pada satu wacana yang dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di Kelantan Trade Centre.
Penganjur bersama program itu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Perbadanan Menteri Besar.
Seorang peserta menanyakan apa hukum isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak menutup aurat dijawab bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad sebagai berdosa.
Katanya, di akhirat kelak wanita yang tidak menutup aurat akan ditanyakan di hadapan Allah Taala mengapa tidak mematuhi suruhan agama.
Seterusnya baca di sini, harakahdaily
[[ Kedua-dua berita ini (mungkin) tidak 'berkaitan'..sengaja penulis lampirkan gaya penulisan seperti diatas..terserah pada pembaca samada untuk mengaitkan kedua2 berita ini sekaligus, atau mengasingkannya..
Hakikat yang cuba ingin dibawa penulis ialah, ulamak di dalam kerajaan sendiri sudah menyatakan berdosa jika tidak menutup aurat..dan di dalam Islam, mereka yg melakukan dosa secara berterusan adalah tergolong dalam golongan fasik...
Penulis percaya, Rosmah sudah mengetahui akan hakikat ini (tidak bertudung adalah berdosa)..ini kerana bukan sahaja orang agama luar daripada umno, bahkan orang agama dari Umno sendiri sudah menegurnya..kerana itulah apabila beliau tetap berdegil dgn tidak mahu bertudung sejak sekian lama, beliau dilihat seolah2 tidak (mahu) hiraukan desakan dan nasihat orang lain..
Di sini, maka akhirnya pembaca ketahui kenapa signifikan berita kedua2 ini dikaitkan bersama oleh penulis...fikir-fikirkan..wallahua'lam..]]
No comments:
Post a Comment