15 Jan
- Rumah tangga pelakon Rita Rudaini Mokhtar (36) dengan suaminya, Aidil
Zafuan Abd. Radzak (25) kembali menjadi tegang. Aidil Zafuan telah
meninggalkan rumah mereka di Sunway Damansara di sini sejak seminggu
lalu.
Menurut Rita Rudaini, kejadian itu berlaku
semasa dia bersama dua anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin (3) dan Airit
Rafqa Arjuna (9 bulan) pulang ke kampung di Kangar, Perlis.
Semasa di kampung, Rita menerima mesej daripada
Aidil yang menyatakan dia mahu keluar rumah. Bila Rita balik semula ke
Kuala Lumpur pada 10 Januari lalu, Rita mendapati pakaian, kereta dan
motosikal Aidil sudah tiada. Aidil Zafuan memang telah meninggalkan
rumahnya.
Bergaduh lagi?
Adakah mereka ada bergaduh sebelum kejadian
Aidil Zafuan meninggalkan rumah? Kata Rita mereka tidak berbalah
apa-apa pun sebelum peristiwa itu. Cuma kata Rita dia ada menegur sikap
Aidil yang tidak bercakap benar mengenai satu majlis ulang tahun
kelahiran ibunya, Azizah Arshad (59) yang diadakan di Seremban, Negeri
Sembilan.
Kata Rita, dia agak berkecil hati kerana Aidil
menyembunyikan majlis itu dan tidak mengajaknya untuk ikut sama. Tetapi
masalah tersebut dapat diselesaikan apabila Rita membuat keputusan
untuk tidak memanjangkan hal berkenaan.
Ayu Raudhah 'bawa lari' suami Rita
Rita Rudaini kata dia terkejut apabila
diberitahu oleh pembantu rumahnya yang kembar suaminya iaitu Zaquan
Adha dan isterinya pelakon Ayu Raudhah 'membawa' Aidil Zafuan keluar
dari rumah.
“Saya terkejut kenapa ada orang lain sanggup
mencampuri urusan rumah tangga saya dengan membantu “membawa lari”
Aidil daripada rumahnya sendiri? Mereka sepatutnya memberi nasihat yang
baik kepada Aidil dan bukan menghasut dia meninggalkan rumah yang
menempatkan isteri dan anak-anaknya,” kata Rita yang berasa sedih
sangat dengan kejadian tersebut.
Aidil Zafuan ada tanya pasal anak
Rita Rudaini masih tidak mengetahui di mana
suaminya tinggal sekarang, tetapi ada menerima pesanan daripadanya yang
bertanyakan tentang anak.
Rita Rudaini buntu
Rita Rudaini kata dia buntu dengan masalah yang
berlaku dan menyerahkan kepada Allah untuk memberi petunjuk selepas
mengadu hal berkenaan kepada ibu dan bapa Aidil.
Kata Rita hubungan dia dengan ibu dan bapa mertuanya tiada masalah.
Rita ada menghubungi mereka untuk menceritakan hal yang telah berlaku.
Perang Twitter dengan Zaquan
Sebelum ini Rita Rudaini dan birasnya, Zaquan
(kembar suaminya) telah “berperang” menerusi laman Twitter
masing-masing. Kedua-duanya berbalas kenyataan yang mempertikaikan
sikap di antara satu sama lain. Zaquan menyindir Rita yang tidak pernah
berusaha untuk pulang ke Seremban bagi menjenguk mertuanya sendiri.
Manakala Rita pula mengatakan Zaquan bersikap keterlaluan yang
bertujuan untuk memalukannya.
Kata Rita 'perang twitter' tersebut berpunca
tindakan Zaquan yang memberi komen yang menyakiti hatinya ketika dia
berbalas pesanan dengan peminat berhubung kehidupan berumah tangga dan
juga hubungan dengan mertua.
“Saya memberi nasihat secara umum mengenai
mertua kepada peminat saya tetapi secara tiba-tiba Zaquan menyampuk
menerusi laman Twitternya dengan menyindir saya. Pada hal, ia tiada
kena mengena langsung dengannya,” kata Rita.
Rita punya pandangan ialah jika Zaquan tidak berpuas hati degannya, dia
tidak perlu menyindir menerusi Twitter berkenaan sebaliknya boleh
berhubung terus dengannya menerusi telefon.
“Kerana geram dengan sikapnya, saya terpaksa
mengambil keputusan menulis beberapa perkara yang bertujuan untuk
melindungi diri saya dalam Twitter miliki saya itu,” ujar Rita.
..
|
No comments:
Post a Comment