Monday, 5 March 2012

bICARA TuHAN DenGan HambaNya

Jika kereta rosak, mekanik yang membaikinya, jika tubuh badan bermasalah, doctor yang akan mengubatinya. Jika murid mengalami masalah dalam pelajaran, guru yang bertindak mengajarnya. Jika kehidupan manusia bermasalah, maka Pencipta manusia itulah yang perlu dirujuk. Pelik sungguh manusia yang mengaku ALLAH SWT sebagai tuhan tetapi enggan merujuk kepada syariat ALLAH bila berhadapan dengan masalah. Sisipan berita yang dimuatkan di dada akhbar metro berkenaan lima beradik yang menjadi mangsa kerakusan abang kandung sendiri sememangnya meruntun emosi saya selaku seorang hawa. Apakah selama ini seorang adam yang seharusnya bertindak sebagai pelindung namun bertindak sebaliknya sebagai ‘pemusnah’ kepada kaum hawa. Kita sering juga melihat laporan-laporan yang menyiarkan pembuangan bayi yang sarat menghiasi dada-dada akhbar. Dan sering kali itu juga, masyarakat akan menyalahkan ibu yang membuang bayi tersebut. Jarang sekali menyalahkan ayah yang ‘membunting’kan si ibu yang menyebabkan hasil akhirnya anak tersebut di buang tanpa rasa berdosa. Bagaimana pula kita menilai kes seorang bapa yang bertindak menyembelih anak kandung sendiri? Bukankah seorang bapa itu perlu bersikap ‘protective’ namun sebaliknya anak menjadi mangsa penyembelihan. Yang paling ironis, sabarnya hawa hanya redha dan memaafkan kesilapan adam biarpun anak sendiri terkoban. Hakikatnya, kerosakan manusia pada hari ini tidak dirujuk kepada DOKTOR yang sebenar. Ubat yang ditelan pula tidak berasaskan ramuan yang sebenar. Akhirnya ia tidak menjadi ubat tetapi berubah menjadi racun. Masakan tidak, pihak yang bertindak sebagai doctor itupun sebenarnya pesakit kronik yang perlu diubati. Siapakah yang boleh menafikan kerosakan kronik menimpa masyarakat hari ini? Polis semakin ramai, denda semakin berat, namun jenayah terus menjadi-jadi. Buang anak, pecah amanah, rasuah, khianat dan berjela-jela lagi senarainya. Di mana silapnya? Mudah sahaja, DOKTOR yang sebenar tidak dirujuk! http://warkahbersama.blogspot.com/2011/03/bicara-tuhan-dengan-hambanya.html

No comments:

Post a Comment